Wednesday 19 October 2011

10 Perkara Yahudi Tak Nak Kita Tahu

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom sy dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sunday 16 October 2011

9 Jenis Anak Syaitan

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Tuesday 11 October 2011

Kerana GAME Bunuh Anak Sendiri




Ibu ketagih main game sanggup bunuh anak sendiri:
Gila bermain game, seorang ibu di Korea Selatan sanggup membunuh anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun.

Kim, ibu dengan dua orang putera ini, bermain game online selama 10 jam setiap harinya. Berdasarkan laporan dari jiran tetangganya, Kim membiarkan dua orang anaknya menangis berjam-jam, sementara dia asyik dengan game.

Polis wilayah Cheonan, Korea Selatan yang mengendalikan kes ini menyebutkan Kim memukul anak sulungnya lalu mencekiknya hingga mati kerana marah si anak tidak berhenti menangis.

"Dia mengatakan dirinya hampir gila kerana begitu lelah setelah bermain game," ujar salah satu petugas polis.

Juru cakap itu menambahkan, Kim tergila-gila bermain permainan kad dan merawat haiwan virtual. Wanita berusia 27 tahun ini dikesan mengalami ketagihan bermain game dan tidak pernah mengalami tekanan jiwa sebelum ini.

Dengan demikian, kes ini kian bertambah parah akibat kecanduan bermain game di Korea Selatan.

Bulan lalu, seorang remaja berusia 15 tahun membunuh diri setelah membunuh ibunya. Motif pembunuhan dilakukan kerana remaja tersebut kesal pada sang ibu yang kerap memarahinya jika asyik bermain game.

Mei lalu, sepasang suami isteri dihukum dua tahun penjara kerana melalaikan bayi perempuan mereka hingga kekurangan gizi, demi mengasuh bayi virtual mereka di internet.

Dan Februari, seorang lelaki 32 tahun meninggal dunia kerana keletihan bermain game. Lelaki tersebut bermain game selama lima hari tanpa berehat dan melupakan keperluan akan makan dan minum.

Jangan maen game lama sgt smpai lupakan tanggungjawab diri sendiri..=)

Sunday 9 October 2011

Haiwan-haiwan Aneh Laut Dalam


Antara haiwan-haiwan dasar laut yg menarik dan pelik-pelik..=) Enjoy~~








Saturday 8 October 2011

NO SEKSI Dari Diana Amir

SUATU ketika dulu, gadis lincah ini pernah terpalit dengan kontroversi sebagai pelakon seksi di awal pembabitannya dalam dunia seni.

Kini si cantik manis Diana Amir melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya dengan mengucapkan selamat tinggal kepada imej berkenaan. 


Semakin matang dan dewasa menempuhi kehidupan sebagai seorang artis menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berubah ke arah yang lebih baik sesuai dengan peningkatan usianya.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Impian bergandingan dengan Wardina melakukan perubahan mengejut apabila mula memakai hijab sepenuhnya bermula pada bulan lalu tanpa memaklumkan kepada sesiapa termasuk ibu bapanya. 

Apa yang pasti, Diana nekad menutup aurat.

Bukan mudah gadis kelahiran Johor Bahru ini membuat perubahan besar seperti itu, tetapi apabila membayangkan masa kiamat nanti Diana tanpa menunggu lebih lama melakukan perubahan itu.

Mengambil masa selama empat bulan, Diana mengenakan tudung secara berperingkat bagi membiasakan dirinya dengan keadaan baru.

Kini gadis berusia 25 tahun itu tidak kisah sama ada peminat atau masyarakat di luar mengatakan dia lebih cantik jika tidak bertudung kerana baginya hijab bukan hanya di kepala, tetapi juga di hati.

Diana lebih selesa dengan penampilan terbarunya kerana merasakan dirinya lebih terjaga daripada pandangan umum.

Mungkin sesetengah individu menganggap Diana bertudung hanya sebagai gimik untuk filem 7 Petala Cinta kerana buat pertama kalinya dia memegang watak dengan karakter bertudung labuh.

Namun, realitinya ia adalah imej yang akan dikekalkan Diana sehingga ke akhir hayat.

Yakin dengan keputusan itu, Diana cuba memenuhi tuntutan sebagai Muslimah iaitu hukum wajib bagi seorang wanita Islam memakai tudung.

“Saya mengambil masa selama empat bulan melatih diri sebelum memakai tudung sepenuhnya.

"Pada mulanya saya memakai tudung untuk beberapa hari kemudian kembali ke imej lama iaitu ‘free hair’ apatah lagi apabila saya memenuhi tuntutan watak dalam lakonan. Apabila melakonkan watak dalam 7 Petala Cinta, saya terbiasa dengan hijab di kepala lalu selama beberapa minggu apabila keluar dari rumah saya mengenakan tudung, tetapi saya akui pada ketika itu saya masih belum cukup kuat lalu kembali tidak bertudung.

"Sebenarnya, niat untuk bertudung ini sudah lama namun mungkin sebab azab bukan di depan mata maka niat untuk bertudung ini ditangguhkan.

"Tetapi, sejak beberapa bulan lalu, apabila saya seorang diri, selalu terbayang azab di hari kiamat. Sekarang ini kita ada kawan dan keluarga yang selalu bersama-sama dengan kita namun bila di akhirat kita tidak ada siapa-siapa,” katanya.

Mempunyai keluarga angkat di Shah Alam, Diana menyifatkan mereka golongan yang warak.

Sebagai seorang Muslimah, dia segan sendiri apabila bertandang ke rumah itu kerana menyedari tanggungjawab sebagai seorang Islam namun tidak menunaikannya.
Mencari ruang untuk melawat keluarga angkatnya ketika bulan Ramadan yang lalu, Diana berkata sepanjang berada di rumah itu, dia menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama.

Semuanya bermula apabila pada hari raya ketiga, Diana berkesempatan berjumpa dengan temannya yang terlebih dulu sudah memakai hijab.

Berkongsi perjalanan hidupnya, pada malam itu Diana menilai dirinya dan merenung masa akhiratnya.

“Kenapa mesti berdegil sedangkan dalam al-Quran sendiri sudah menjelaskan mengenai perihal bertudung. 

“Jadi, tidak ada alasan lagi kenapa saya menangguhkan perkara yang baik.

"Apabila sudah menutup aurat, semuanya terjaga. Dari segi percakapan, perlakuan, pergaulan dan pemakaian, semua perlu dilakukan seimbang dengan imej bertudung kerana saya tidak mahu dikatakan bertudung hanya kerana terikut-ikut,” katanya.

Apabila dilihat industri seni pada masa kini, fenomena artis bertudung seakan-akan menjadi ikutan. Bermula dengan Irma Hasmie, kemudian Raja Farah dan kini anak keempat daripada tujuh beradik ini.

Tidak kisah dengan rezeki selepas bertudung, Diana berkata dia percaya sekiranya rezekinya, maka ia akan datang tanpa dicari.

Selepas ini, dia akan lebih berhati-hati ketika memilih watak yang sesuai dengan imej bertudungnya.

Tidak menafikan pelakon yang tidak bertudung mungkin menjadi pilihan kerana boleh membawakan pelbagai peranan, tetapi Diana lebih takutkan akhirat berbanding tawaran berlakon.

Diana yang merancang untuk memasuki kelas usrah menjelaskan selagi dia tidak berkahwin, dosa yang dilakukan ditanggung oleh ayahnya. 

Tidak mahu kejam dengan orang tuanya, dia turut menambah bahawa ayahnya selalu mendoakan yang terbaik untuknya maka tidak ada sebab bagi Diana membiarkan dosanya diletakkan atas bahu insan yang disayanginya.

Tidak berniat untuk memberitahu peminat berita penghijrahannya, Diana mahu benar-benar selesa dengan imej baru dan yakini terlebih dulu sebelum uar-uarkan perubahan itu. Namun, peminat lebih dulu menghidu perkara baik itu dan Diana tidak mempunyai pilihan lain selain mengiyakan perkara terbabit.

Menafikan perubahan itu disebabkan oleh kekasih hati, Diana menjelaskan setakat ini hatinya masih belum dimiliki dan keputusan untuk bertudung adalah disebabkan diri sendiri dan bukan berpunca dari orang lain. Keluarganya juga hanya mengetahui Diana sudah bertudung selepas beberapa hari dia menutup aurat.

Bercakap mengenai filem 7 Petala Cinta, Diana memegang watak sebagai Hilma Aqila iaitu penuntut madrasah. Hilma sanggup berkorban untuk kebahagiaan orang lain walaupun ia amat menyakitkan dirinya. Dia mencintai seseorang namun sanggup melepaskan lelaki itu demi kegembiraan insan lain.

Diana yang bernaung di bawah MIG Production Sdn Bhd merasakan keputusan yang dilakukannya itu tepat. Setakat ini masih ada lima filem yang bakal ditayangkan di pawagam - antaranya ialah Keramat, 7 Petala Cinta dan X.

Menurut Diana, 7 Petala Cinta adalah lakonannya yang pertama dia memakai tudung labuh manakala X adalah filem terakhir lakonannya sebelum dia berhijab.


CONTACT

Did you know?

Find out the coolest way to generate income with Monavie. To find out more on how to generate 5 figure income monthly and enjoying life better.

Call 
014-9687278  (AIZAT)


Or fill in this form below, and I will get in touch.





Free form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

THANK YOU..!!

Thursday 6 October 2011

Raja Lawak di berkas kerana DADAH


TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.


Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

Monday 3 October 2011

Pantang Dalam Tido


JANGAN tido dgn henpon disebelah ; gelombang yg dihasilkn mampu merosakkn sistem saraf dan menjana sel2 kanser..

JANGAN tido dgn mngenakn mekap ; mekap menutup liang utk kulit bernafas..

JANGAN tido dgn mengenakn bra ; pemakaian melebihi 12jam memungkinkn kanser payudara..

JANGAN tido memakai spender..merosakkan kualiti sperma..!!

JANGAN TIDO NGN LAKI/BINI ORG ---> sumpah..!! yg ini mmg bahaye..