Thursday, 29 September 2011

Bahana Make Up ~~

Hati2 dgn awek yg korang ngorat kt facebook..hahaha..jgn terpedaya make up..bile jumpa2 skali mak orang an..hahaha..

Tuesday, 27 September 2011

Kisah Robot Pengesan Bohong





Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

p/s: Sesungguhnya ada yang memerhati dan mengetahui apa yg kita lakukan walaupun kita menyangka tiada siapa yang mengetahui....

Cara2 Menaikkan Trafik Blog or Webpage Anda..!!

This summary is not available. Please click here to view the post.

Monday, 26 September 2011

Girlfriend Vs ROKOK



GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM300. Setahun dah berpuluh-puluh ribu...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?

GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm  tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&*





Thursday, 22 September 2011

Rempuh Polis Selepas Zina



PERMAISURI: Panik melihat kehadiran sebuah kereta peronda polis, seorang lelaki yang asyik memadu asmara bukan saja merempuh kenderaan pihak berkuasa terbabit, malah lari meninggalkan teman wanitanya yang terkial-kial memberikan penjelasan kepada polis mengenai tindakan mereka itu.


Kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi semalam di kawasan parkir dan rehat di hadapan sebuah kolej swasta di bandar ini ketika pasangan terbabit memadu asmara di dalam sebuah Perodua Myvi di kawasan berkenaan tanpa menyedari dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah melihat perbuatan mereka.

Disebabkan terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa berkenaan, lelaki itu memecut keretanya dan bergesel dengan kereta peronda polis menyebabkan bumper hadapan kereta peronda itu tercabut.




Pasangan terbabit memecut meninggalkan tempat kejadian menyebabkan anggota polis terbabit mengejar sejauh satu kilometer sebelum kereta itu tersadai di bahu jalan akibat satu tayar hadapannya pecah.

Polis membawa pelajar itu bersama kereta teman lelakinya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, untuk siasatan lanjut. Pelajar terbabit dibebaskan selepas keterangannya diambil manakala teman lelakinya masih menghilangkan diri




Rumah Kebajikan ATAU Lindungan Setan

TAK TERURUS...tempat tidur warga emas di pusat terbabit.
KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis.


Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.


Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.



Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.



Wednesday, 21 September 2011

Kereta Hantu

BERLIN: Ia boleh bercakap, melihat dan memandu serta tidak memerlukan manusia untuk mengawalnya dari jarak jauh.
Kereta masa depan, yang dikawal komputer sepenuhnya kini sudah berada di jalan raya di Berlin.

Sepanjang musim panas, penyelidik dari bandar Free University menguji kenderaan itu di sekitar ibu negara Jerman.



Kereta berkenaan bergerak menerusi trafik bersendirian dengan menggunakan gabungan peranti, termasuk komputer, elektronik dan sistem pemandu arah ketepatan satelit, pengimbas laser di atas bumbung dan sekitar bampar depan dan belakang.

“Kenderaan itu boleh mengenal pasti kereta lain di jalan raya, pejalan kaki, bangunan dan pokok yang terletak sejauh 70 meter di sekelilingnya.


“Malah, ia juga boleh melihat lampu isyarat di depan merah atau hijau dan bertindak sepatutnya,” kata Raul Rojas, Ketua Penyelidik Kumpulan Kecerdasan Tiruan universiti itu, 



Menurutnya, pengenalpasti an dan tindak balasnya terhadap persekitaran adalah lebih pantas berbanding reaksi manusia Saintis terbabit menjalankan kajian terhadap kereta ujian, sebuah Volkswagen Passat dengan melengkapkan teknologi khas yang menelan belanja 400,000 euro (RM1.7 juta) sejak empat tahun lalu.


Beberapa kumpulan lain sebelum ini turut memberi tumpuan terhadap teknologi serupa baru-baru ini, khususnya Google, yang kini menjalankan kajian kereta robotik Toyota Prius di Nevada. - AP



Tuesday, 20 September 2011

RM6.1j Insurans Kaki Heidi Klum


Nilai sebelah kiri lebih rendah akibat parut terkena kaca 

TORONTO: Kaki supermodel berasal dari Jerman, Heidi Klum diinsuranskan sebanyak AS$2 (RM6.1 juta).
Bekas model pakaian dalam Victoria Secret yang berkahwin dengan penyanyi kulit hitam, Seal bagaimanapun perlu menjalani pemeriksaan kakinya dulu sebelum harga ditetapkan.
Akhbar Toronto Sun melaporkan, Klum berkata sebelah kakinya bernilai lebih daripada yang sebelah lagi kerana ada parut akibat terpijak serpihan kaca. 

“Saya secara peribadi tidak membeli insurans untuk kaki saya tetapi pelanggan saya baru-baru ini berbuat demikian untuk saya. Secara dasarnya, ketika saya berada di London, saya ke tempat di mana mereka memeriksa kaki saya,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan televisyen Extra. 

“Mereka melihat dan menilai kaki saya. Ada parut ketika saya terpijak serpihan kaca di kaki kiri, jadi ia tidaklah semahal kaki di sebelah kanan,” kata hos televisyen, pereka kasut, minyak wangi dan barang perhiasan itu. 

The Nation bagaimanapun melaporkan Klum bukanlah selebriti pertama yang membeli insurans untuk kaki atau bahagian badan yang lain. 

Secara praktikal, ia sudah lama diamalkan. Bintang filem, Betty Grable dan Angie Dickinson masing-masing menginsuranskan kaki mereka dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta). Pelawak, Jimmy Durante turut membeli insurans untuk hidungnya sebanyak AS$50,000 (RM154,192), manakala penyanyi dan aktres, Marlene Dietrich menginsuranskan suaranya dengan harga AS$1 juta (RM3 juta). 

Bruce Springsteen dengan mudah membeli insurans bernilai AS$6 juta (RM18.4 juta) untuk kerongkong yang terkenal itu. 
Bintang televisyen yang turut menyertai kegilaan insurans kaki termasuk Angie Everhart dan Mary Hart yang membeli insurans untuk kedua-dua kaki dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta).



Monday, 19 September 2011

Chong Wei tak peduli Lin Dan

SELEPAS lebih sebulan tumbang pada Kejohanan Dunia di Wembley bulan lalu, akhirnya jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei akan tampil beraksi semula di gelanggang dengan menyertai Terbuka Jepun, bermula Rabu ini.
Dia yang berlepas bersama jurulatih, Tey Seu Bock ke negara Matahari Terbit itu malam tadi dijangka sekali lagi akan berentap menentang musuh tradisi, Lin Dan yang memusnahkan impiannya memenangi kejuaraan berprestij itu buat julung kali di Wembley.
Saya sudah lupakan kekalahan di Wembley. Buat apa saya memikirkannya lagi kerana ia sudah berlalu. Saya mahu pandang ke depan dan bangkit semula bermula Terbuka Jepun,” katanya dengan penuh semangat. 

Chong Wei yang turun selaku juara bertahan diramal tidak berdepan masalah memulakan kempen dengan nota kemenangan apabila dijadualkan menentang pemain England, Rajiv Ouseph sebelum menentang bintang muda China Wang Zhengming pada pusingan kedua. 

Walaupun Lin Dan tewas mengejut kepada Chen Jin di separuh akhir China Masters kelmarin, tetapi juara dunia empat kali itu dijangka tetap menjadi penghalang Chong Wei. 

“Saya tidak mahu terperangkap dengan segala taktik dan strategi Lin Dan. Biarlah apa dia nak buat, saya tak mahu ambil tahu. Saya mahu fokus pada permainan sendiri,” kata Chong Wei.
 




Anak Pengarah Disyaki Khalwat


PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.
Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap. 


Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit. 


"Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. 


“Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. "Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui di sini. 


Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin. 


Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah. 


Komuniti-komuniti Blogger Malaysia


Salam semua pembaca blog khalimah kehidupan..=)

Antara salah satu sebab korg buat blog sbb nk tulisan atau karya korg di baca oleh para pembaca2..

Jadi cmne nk buatkan hal ini jadi kenyataan...?? haaaa...=p

so kt sini zedats listkan beberapa web or link yg bole bantu korg increase korg nyer trafik..

n link2 ni jugak my wife share jgk untuk kebaikan kite bersama..xD

so kt bawah ni la sy listkan beberapa link utk kebaikan para pembaca KHALIMAH KEHIDUPAN..



















PESANAN~~ yg di bold tu recommended..=)


Sunday, 18 September 2011

19 maut gempa bumi 6.9 magnitud di India, Nepal


GUWAHATI: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan timur laut India petang semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang maut termasuk tiga yang tertimbus dalam runtuhan bangunan di Kedutaan Britain di Nepal. 

Gempa bumi itu dirasai hampir di semua wilayah selepas ia menggegarkan wilayah di pergunungan Himalaya, Sikkim yang bersempadan dengan Nepal, Bhutan dan Tibet pada kira-kira jam 6.10 petang waktu tempatan.
Pusat gempa ialah kira-kira 60 kilometer barat laut ibu negeri Sikkim, Gangtok dengan kedalaman 19.7 kilometer.
Ketua Setiausaha Wilayah Sikkim, Karma Gyasto, berkata kira-kira 60 orang mengalami kecederaan di sekitar Gangtok akibat tanah runtuh, sisa runtuhan dan bangunan runtuh manakala bandar itu terputus bekalan elektrik. 

"Tiada bekalan elektrik dan semua orang berada di atas jalan raya," kata seorang penduduk. - AFP 


Skirt Punca Rogol...??

SEKUMPULAN wanita bersama sepanduk membantah kenyataan gabenor Jakarta yang mendakwa punca kes rogol disebabkan berpakaian skirt mini.


JAKARTA: Sekumpulan wanita di Indonesia, mengadakan perhimpunan dengan memakai skirt pendek untuk memprotes kenyataan gabenor bandar raya Jakarta, Fauzi Bowo yang menyalahkan pakaian sebagai punca kejadian rogol berkumpulan di bandar raya itu.
Fauzi menggesa wanita supaya tidak memakai skirt pendek ketika menaiki pengangkutan awam di ibu negara selepas seorang wanita berusia 27 tahun diserang di dalam sebuah van mini awam awal bulan ini.
Polis gagal memberkas perogol tetapi mangsa mengesan seorang daripada penyerangnya dua minggu selepas kejadian ketika lelaki yang disyaki memandu kenderaan. 

“Kami berada di sini untuk menyuarakan kemarahan. Gabenor bukan saja tidak memberi hukuman berat kepada perogol, tetapi menyalahkan pakaian wanita pula. Ini diskriminasi,” kata pengendali tunjuk perasaan, Chika Noya kepada AFP. 

Dengan memakai baju dan skirt singkat, wanita itu menunjuk perasaan di bulatan utama di ibu negara sambil memegang sepanduk bantahan bertulis “Jangan ajar kami bagaimana berpakaian, suruh mereka jangan merogol” dan “Skirt mini saya, hak saya” dan “Rogol adalah jenayah berat”. 

Nova berkata, gabenor perlu menjamin keselamatan wanita dalam pengangkutan awam. 
Seorang penunjuk perasaan Dhyta Caturani, yang memakai skirt pendek dan baju terdedah berkata: 

“Cara wanita berpakaian bukan penyebab keganasan seksual,”. 

Bowo memohon maaf kelmarin atas kenyataannya tetapi gagal meyakinkan penunjuk perasaan. 

Polis Jakarta merekodkan peningkatan kes rogol sehingga 41 kes tahun ini sehingga September di bandar dengan jumlah penduduk 12 juta, berbanding 40 kes sepanjang tahun 2010. 

Caturani berkata, tunjuk perasan itu mendapat ilham daripada fenomena Pelacur Jalanan yang bermula di Toronto pada April di mana ratusan wanita dan lelaki mengadakan protes di jalan atas komen yang dibuat polis konstabel yang wanita perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti pelacur bagi mengelakkan diri menjadi mangsa. – AFP 




Man United unggul tewaskan Chelsea 3-1



LONDON: Manchester United mempamerkan kelas tersendiri apabila menumpaskan pesaing terdekatnya, Chelsea 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, awal pagi tadi.



Gol pembukaan United diperoleh seawal minit ke-7 menerusi Chris Smalling diikuti Nani pada minit ke-37.
Penyerang England, Wyane Rooney menambah koleksi jaringan pada minit ke-40 untuk memastikan United mendahului 3-0 selepas tamat separuh masa pertama.
Chelsea memperoleh gol tunggal menerusi penyerang termahal liga, Fernando Torres pada minit ke-46.

Dengan kemenangan itu, Manchester United kekal di tangga teratas liga dengan 13 mata, dua mata di depan Manchester City manakala Chelsea di tempat ketiga dengan 12 mata.



Saturday, 17 September 2011

BAHAYA SUNGAI GOLOK





SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Seorang budak lelaki berusia tiga tahun adalah antara empat rakyat Malaysia terbunuh dalam siri letupan bom terbaru yang disifatkan sebagai terbesar tahun ini di selatan Thailand, malam kelmarin. 

Mangsa yang maut dikenali Wong Kai Sean, 3; datuknya, Wong Hong Yep, 64, dan Chan Yau Wing, 52, dari Kelantan manakala Foong Too Keh, 45, dari Pahang.

Setakat petang semalam, 18 rakyat Malaysia antara 60 yang cedera akibat insiden itu. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Golok dan Hospital Hatyai, Songkla.
Mangsa dua beranak yang maut itu berada di Sungai Golok bersama tiga lagi ahli keluarga manakala Foong pula bersama tiga rakannya, yang masing-masing ketika itu baru selesai makan malam dan minum sebelum letupan itu berlaku. 

Turut maut seorang sukarelawan rakyat Thailand berusia 38 tahun akibat disambar api sebuah kereta yang meletup tidak jauh dari tempatnya berada. Mangsa dikatakan membantu orang ramai yang cedera dalam serangan berkenaan. 

Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Thenthong, berkata kebanyakan mangsa yang cedera ialah rakyat Thailand iaitu orang awam, polis (2), sukarelawan (3) dan tentera (4). 

Berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya berlaku siri letupan dengan setiap satunya selang lima minit itu didakwa dilakukan puak pemisah yang turut dikaitkan dengan kegiatan dadah. 
Setakat ini, tiga rakyat Malaysia dikenal pasti maut selain seorang sukarelawan yang membantu selepas sebuah kereta meletup, katanya ketika ditemui media Malaysia di Hotel Genting di sini, semalam. 

Sementara itu, sumber pejabat konsulat di Songkla menyatakan seorang lagi rakyat Malaysia, Chan Yau Wing, 52, dari Kelantan turut terbunuh. 

Katanya, siasatan turut mendapati bom digunakan dalam kejadian itu adalah jenis bom jangka dan bom kawalan yang diletakkan pada tiga motosikal dan sebuah kereta. 

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rusdi Che Omar, berkata letupan pertama berlaku kira-kira jam 7.30 malam waktu Malaysia di depan Pusat Kebudayaan Persatuan Teochew selepas sebuah motosikal diletakkan di depan bangunan itu meletup. 

Katanya, selang lima minit, sebutir bom di motosikal berhampiran sebuah hotel meletup sehingga menyebabkan Foong dan seorang lelaki Thailand meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok. 

Dalam keadaan orang ramai cemas dan kelam kabut di sepanjang jalan raya berukuran 500 meter itu, satu lagi letupan kuat berlaku di persimpangan masuk jalan berkenaan di depan medan selera sehingga menyebabkan Hong Yep dan cucunya meninggal dunia. 

Letupan terakhir daripada sebutir bom diletakkan dalam kereta di depan medan selera, katanya. 

Tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand semalam mendapati masih ramai rakyat kedua-dua negara itu dan pelancong asing keluar masuk.