Wednesday, 16 November 2011

Sesi Model Serah Tubuh

KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.


“Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.

Thursday, 3 November 2011

Najib Nafi Rosmah Beli Barang Kemas di Perth



PM perjelas anak tiada di Australia ketika CHOGM 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa anak perempuannya berada di Australia manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membeli barang kemas ketika menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Serentak itu, beliau yang kini sedang mengerjakan haji di Makkah meminta orang ramai tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan berkenaan.

“Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Rosmah) tidak membeli apa pun barang kemas,” kata Najib dalam Twitternya, kelmarin. 

Awal minggu ini, laporan akhbar The West Australian, mendakwa anak gadis Perdana Menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) ketika membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. 

Akhbar Australia itu melaporkan peniaga membuat keuntungan besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000. 

Laporan itu memetik Pengarah Negeri bagi CHOGM, Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan membeli-belah diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu. 

Laporan bertajuk ‘Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' kemudian disiarkan beberapa portal berita dan laman sosial di negara ini.